Infaq Tahfiz Darul Rahman

Program Derma/Infaq bersama PUIM 2017


Alhamdulillah, Sepenuh rasa syukur kehadrat Allah SWT yang sentiasa memberikan kita semua nikmat yang tidak pernah habis buat kita semua. Ayuh kita sama-sama membuat pecutan terakhir dalam bulan Ramadhan Al-mubarak ini. Jom kita menghidupkan 10 malam terakhir Ramadhan tahun ini yang masih berbaki beberapa hari sahaja lagi ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini PUIM akan memilih satu NGO/badan kebajikan untuk kita sama-sama ambil barokah Ramadhan membantu mereka. Untuk rekod;

  • Tahun 2014: "Sehelai Baju buat Mengesat Si Air Mata"
  • Tahun 2015: "Sehelai Baju buat Mengesat Si Air Mata"
  • Tahun 2016: "Haluan Palestin"
  • Tahun 2017: "Tahfiz Darul Rahman"

Pusat Tahfiz Darul Rahman, Besut, Terengganu ini dalam pembinaan fasa pertama 1 blok bangunan yang akan menempatkan asrama pelajar dengan kapasiti 40 orang pelajar sekurang-kurangnya, kelas pengajian, dewan, pejabat & dapur.



>> Channel Youtube: DI SINI
>> Facebook: DI SINI


Boleh rujuk progress pembinaan melalui Facebook/Youtube mereka. Ada daily update di sana. Pembinaan ini menelan belanja sebanyak RM1.4 Juta dan dijangka siap pembinaan pada November tahun ini dan dapat memulakan pengajian serta pengambilan pelajar batch pertama pada Januari 2018, Insya-Allah.



Insentif PUIM



Untuk anda yang bersama PUIM untuk menderma sempena Ramadhan ini, kita ada sedikit hadiah untuk anda. Ianya adalah rakaman seminar sifu-sifu bisnes internet. Ada 12 rakaman semuanya.

12 Sifu Utama perniagaan internet Malaysia berkongsi kepakaran masing-masing. Sukar untuk mendapatkan 12 Sifu mendedahkan rahsia dan cara bagaimana untuk anda boleh bermula buat duit dari internet. Mereka adalah;

  • Tuan Gero Azrul (Funnel Bisnes)
  • Tuan Faisal Abdullah (Mula Bisnes)
  • Tuan Jamal Sifufbads (FB Ads)
  • Tuan Muaz Hadi (Affiliate)
  • Tuan Adly Mukhtar (Dropship)
  • Tuan Mohd Suhaimy (Ebook)
  • Tuan Raja Kamil (Pemasaran Email)
  • Puan Emerilda Sani (Online Branding)
  • Tuan Suffian Salahuddin (FB Copywriting)
  • Tuan Wanmus (Google Adsword)
  • Tuan Zeo Unic (Blogging)
  • Puan Wanie Idayu (Instagram)



Kita tetapkan insentif seperti berikut;

>> RM1 - RM29 (1 Video rakaman)
>> RM30++ (4 Video rakaman)
>> RM60++ (12 Video rakaman)

Kita akan berikan video secara 'random' untuk pakej RM30 ke bawah. Semua bayaran hendaklah dimasukkan ke akaun "Tahfiz Darul Rahman" dan sertakan bukti pembayaran untuk kita verify dan berikan akses rakaman video kepada anda.

Semuanya dalam bentuk video online (digital). Jom menderma, mudah-mudahan sedikit usaha kita ini menjadi asbab kita dimasukkan ke syurga. Amiin. Kongsikan laman ini kepada rakan-rakan yang lain juga ya :)


Borang harga di bawah sebagai rujukan sahaja. Masukkan jumlah seikhlas anda. Pilih mengikut range nilai derma untuk kami hantarkan bonus ini ya



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Pakej Infaq RM60 ke atas
Pakej Infaq RM30 ke atas
Pakej Infaq RM1 ke atas
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN